Thursday 22 December 2011

Sembilan Import Tak Layak Didaftar.

Sembilan pemain import tidak layak didaftarkan untuk aksi Liga Malaysia pada musim depan selepas tidak melepasi syarat asas Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM.


Berdasarkan laporan, dua permohonan telah ditarik balik manakala tujuh lagi tidak diluluskan atas sebab tidak menepati syarat yang telah ditetapkan FAM.




Jawatankuasa yang bersidang pada hari ini bagaimanapun meluluskan seramai 26 pemain import yang didaftarkan oleh persatuan negeri dan kelab termasuk empat secara bersyarat sehingga sijil ITC diterima.




Tiga pemain import yang didaftarkan juara Liga Super, Kelantan juga diluluskan tanpa sebarang masalah manakala Terengganu dan Negeri Sembilan menghadapi situasi sebaliknya selepas seorang pemain import mereka tidak diluluskan pendaftaran.

No comments:

Post a Comment